Tuesday, June 24, 2014





Sejak dari mula wanita diciptakan sebagai makhluk yang begitu mempesona, begitu sempurna, begitu menawan, dan begitu indah.


Adinda..

Tiada yang menyangkal bahawa kalian wanita adalah sangat indah.

Cubalah lihat dirimu di cermin..

Betapa sempurnanya Allah menciptakanmu.

Betapa indah alis yang berbaris diatas mata.

Betapa lentiknya bulu matamu.
Subhanallah.. betapa mempesonanya wanita.


Adinda..

Sesungguhnya Allah memberikanmu dua keindahan. keindahan batin dan keindahan zahir.

Keindahan batin akan memancar melalui kesucian diri, ilmu, dan akal fikiran.

Kecantikan batin inilah yang akan menghiasi rupa zahirmu.
Kecantikan batin inilah yang membuatmu indah, mulia, dan penuh karisma.

Semakin tertanam sifat-sifat itu dalam rohmu, semakin indahlah dirimu.

Sesiapa yang melihatmu, tentu akan merasa kagum, kamu akan semakin dicintai.

.

Adinda..

Keindahan batin adalah nikmat Allah yang paling berharga.

Keindahan zahir juga merupakan nikmat Allah.

Keindahan zahir terletak pada tersembunyinya bukan pada terbukanya.

Dan,  jika kamu mensyukurinya

Jika kamu bertaqwa

Jika kau menjaganya

Maka semakin menambah keindahannya.



Adinda..

Wanita adalah sekolah terbaik bagi pendidikan generasi muslim.

Wanita adalah manusia terbaik yang melahirkan generasi Islam.

Wanita adalah manusia terbaik yang menjadi sumber makna pengorbanan.

Maka, lepaskanlah dirimu dari taklid buta terhadap yang lain.

Bebaskanlah dirimu dari nafsu yang menghimpit.

Bebaskan dirimu dari ketundukan dan kepasrahan selain Allah.

Bebaskan dirimu dari ketakutan selain Allah..


Adinda..

Itulah yg dinamakan wanita terindah.
Wanita tercantik nan jelita.

Duhai Adinda..
Tidakkah engkau ingin menjadi wanita terindah?

Kalian Adalah Makhluk Terindah



jadilah wanita yang sholehah berprilaku sederhana santun dalam berkata saat pada suami Insyallah Syurga hadiah terindah buat mu

berawan com jadilah wanita yang sholehah berprilaku sederhana santun dalam berkata saat pada suami Insyallah Syurga hadiah terindah buat mu

0 komentar:

Post a Comment