Friday, October 17, 2014


Kenali Lebih Dekat dengan Anggota “Teenage Mutant Ninja Turtles”

Teenage Mutant Ninja Turtles (atau cuma Ninja Turtles, pernah dikenali di United Kingdom sebagai Teenage Mutant Hero Turtles) ialah sekumpulan empat ekor mutan kura-kura dalam cereka yang dilatih oleh mahaguru mereka iaitu Guru Splinter agar menjadi pahlawan ninja yang mahir. Dari sarang mereka di pembetungan Manhattan, mereka melawan penjenayah kecil, penjahat gila, dan makhluk asing, sambil memastikan diri mereka tidak diketahui masyarakat secara meluas. Watak-watak ini mula-mulanya muncul dalam buku komik sebelum dilesenkan untuk dijadikan mainan, siri kartun dan filem.

Asal-Usul

Teenage Mutant Ninja Turtles berasal dari senaskhah buku komik Amerika Syarikat terbitan Mirage Studios pada tahun 1984. Konsepnya timbul dari satu lakaran lucu yang dilukis oleh Kevin Eastman ketika menghabiskan waktu petang memerah otak bersama rakan beliau iaitu Peter Laird. Dengan menggunakan wang dari bayaran balik cukai dan juga pinjaman dari bapa saudara Eastman, kedua-dua pelukis muda ini menerbitkan sehelai buku komik maskhah tunggal yang bertujuan menjadi parodi untuk empat daripada berbagai-bagai komik paling popular pada awal 1980-an: Daredevil dan New Mutants (terbitan Marvel Comics), Cerebus (karya Dave Sim) dan 's Ronin (Frank Miller).[1]

Kejayaan TMNT di arus perdana merupakan hasil usaha seorang agen perlesenan bernama Mark Freedman, yang berbincang dengan Eastman dan Laird untuk mencadangkan peluang perdagangan lebih luas untuk harta TMNT. Pada tahun 1986, Dark Horse Miniatures menerbitkan satu set patung kecil berukuran 15 mm. Pada Januari 1988, mereka mengunjungi pejabat Playmates Toys Inc, sebuah syarikat mainan kecil di California yang hendak menembusi pasaran patung aksi. Diiringi siri animasi Teenage Mutant Ninja Turtles yang amat popular, TMNT terus terpahat dalam sejarah budyaa pop. Pada kemuncak kegilaan TMNT pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, wajah-wajah TMNT didapati pada beraneka dagangan kanak-kanak, sama ada bekas gula-gula, papan luncur, bijirin sarapan, ubat gigi, bekas makanan sekolah mahupun kamera.


Era 2000-an menyaksikan kebangkitan semula kelarisan TMNT melalui kejayaan siri animasi terbaru, keluaran patung aksi baru dari Playmates, permainan video terbitan Konami dan Ubisoft, dan sebuah filem cetera animasi komputer.


  • Leonardo (biru) — Leonardo dikenali sebagai ketua kumpulan yang gagah berani, tegas, mengancam, dan taat mengkaji seni bela diri. Oleh sebab berpegang ketat pada Bushido, dia amat menepati nilai-nilai maruah dan keadilan. Leonardo yang bertopeng biru dan mengacukan sepasang katana ini dinamakan bersempena Leonardo Da Vinci.[2]
  • Raphael (merah) — Raphael yang tidak gemar bergaul ini bersifat bengis dan jarang sekali was-was untuk melepaskan serangan terawal sebagai seorang pejuang yang kuat. Keperibadiannya adakalanya garang, adakalanya bermulut pedas. Dia taat sekali kepada saudara-saudara dan mahagurunya. Raphael berkawan baik dengan Casey Jones, sejak bertembung lalu bertarung ketika meronda pada suatu malam. Sejak itu, mereka berdua bersama-sama meronda kawasan. Raphael yang bertopeng merah dan memakai sepasang sai ini dinamakan sempena Raphael Santi.[2]
  • Michelangelo (jingga) — Mikey yang suka bergaul dan bebas bersemangat menjadi sumber utama selingan lucu di sebalik pengembaraan serius TMNT. Selain suka bersantai, dia juga kreatif dan suka mengembara. Pahlawan ceria yang bertopeng jingga dan berlengkapkan sepasang nunchaku ini mengambil namanya dari Michelangelo Buonarroti.[2]
  • Donatello (ungu) — Dialah saintis, pencipta, jurutera dan genius teknologi yang bijaksana, dan mungkin sekali yang paling kurang ganas di kalangan empat bersaudara ini, lebih gemar menggunakan kepintarannya untuk menyelesaikan pertelingkahan. Donatello memakai topeng ungu dan mengacukan sebatang bō. Namanya bersempena Donatello.[2]
  • Master Splinter — Mahaguru dan bapa angkat kepada TMNT ini berupa seekor tikus mutan yang mempelajari ilmu ninjutsu dari mahagurunya sendiri, Hamato Yoshi.
  • April O'Neil — Bekas pembantu makmal kepada saintis gila bernama Baxter Stockman ini merupakan teman manusia yang berani kepada Ninja Turtles. Dia mengikuti kebanyakan pengembaraan Turtles sambil membantu mereka melakukan kerja yang tidak dapat dilakukan Turtles sendiri di khalayak umum. Ketika kemuncak populariti TMNT yang terawal, April digambarkan sebagai seorang wartawan.
  • Shredder — Seorang guru ninjutsu durjana yang nama asalnya ialah Oroku Saki, dan juga musuh tradisi Splinter dan Ninja Turtles. Dia juga merupakan ketua Foot Clan.
  • Casey Jones — Seorang vigilante yang menjadi seorang sekutu karib Ninja Turtles ini menentang jenayah dengan menggunakan pelbagai perkakas sukan (pemukul besbol, kayu golf, kayu hoki, pemukul kriket dsb.) sambil beralaskan topeng hoki untuk merahsiakan identitinya.








berawan com kura kura ninja melintas dijakarta


0 komentar:

Post a Comment