Tuesday, April 29, 2014

when i am angry i shout at the top of my voice but when i am hurt i stay silent


Marilah bersama-sama kita elakkan diri dari mencampurkan sifat KESABARAN dalam KEMARAHAN.
Dua-dua sifat ini tidak dapat dilakukan pada masa yang sama. Kerana Kemarahan adalah sifat yang buruk, Kesabaran pula adalah sifat yang baik dan diredhai Allah.
Pilihlah kesabaran, nescaya sifat kesabaran bisa memberikan cahaya pada wajah kita. Bersabar bukan bererti kita perlu menyiksa diri dengan memendam segala rasa, tetapi perlulah bijak menangani dugaan atau cubaan itu dengan memikirkan penyelesaian dan usaha melupakan hal tersebut dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Sekali-kali jangan lepaskan kemarahan di dalam diari, facebook, blog etc. Kerana anda sebenarnya suka dengan apa yang berlaku dan ingin mengenang hal tersebut semula jika anda mencatatkannya. Jadi, biarlah kemarahan itu terbang jauh, sehingga anda dapat tersenyum lebar. Anda yakin Allah ada. Beristighfarlah setiap kali terdetik di hati kita ingin memaki hamun seseorang.
Jangan biasakan mulut kita mudah mengucapkan kata penghinaan kepada seseorang. Sesungguhnya menghina seseorang yang menganiaya kita mendapat 2 kali ganda dosa dari orang yang menganiya. Dan ini adalah kaedah paling mudah bagi mengeraskan hati. Allah sangat murka dengan perbuatan ini.


berawan com when i am angry i shout at the top of my voice but when i am hurt i stay silent

0 komentar:

Post a Comment